Followers

Tuesday, 29 May 2012

Credit to Hospital Jerantut

Assalamualikum
Hari nih nak berkongsi sedikit cerita berkenaan dengan servis TERBAIK yang diberikan oleh Hospital Jerantut; hospital tempat tumpah darahku..hahaha...ok ceritanya begini; 
Pada pagi tadi Selasa (29/05/2012); adik saya hantar mak saya g check up macam biasa (kencing manis dan darah tinggi). dah tk ada orang kat umah, so kenalah bawak ayah sekali. (ayah kena strok sejak bulan Dis tahun lepas). pastuh bawak baby umur 8 bulan. so pergilah diorang 3 beranak nih..pihak hospital dah pesan siap2 puasa dulu sbb nak check darah la kenkononnya...maka berpuasalah ibuku sejak malam sebelum tido itu..pagi tk mkn pe2 sebab dengar NASIHAT pihak hospital suh puasa..sampai di hospital pukul 8.30. mendaftar masuk..pukul 9..pukul 10...pukul 11....pukul 12....tak dapat2 masuk jumpa doktor gak..ayah dah melepek kat surau tak larat. mak aku lagi lanya..dengan puasanya sampai kol 12 lebih tk leh mkn lagik konon2 nya nak cek darah. kol 12 dekat2 kol 1 baru settle semua tuh...BERANGINNNNNNNNNNNNNNNNNN..dah lapar perut..yang lagi BERANGIN ada 2 nombor yang potong q mak aku!!!anak VVIP mana la tuh yang special sangat sampai hospital bagi masuk dulu biar orang tua tuh menunggu nomborrnya naik..aku nih tk ada kat situ je time tuh..kalu aku ada..hahaha....aku yang dengar berangin aku coll hospital jerantut mintak no pon pengarah hospital..tp standard la..mana nak bg..lagi la menaikkan darah aku..hahaha..padan muka..sape suh jawab col aku..so aku dipasskan ke bahagian aduan..then aku cakap nnti jangan lak aduan nih nnti buang dlm tong sampah je..ada aku kuar kan surat kabo lak nnti...hahahha....begitula ceritanya..3 beranak tuh tadi sampai kat kol 1 lebih kat umah..macam S*** je servis hospital jerntut nih...kat bawah aku pastekan KPI yang di war2kan sebelum nih oleh kementerian kesihatan: Hello kementerian kesihatan...tolonglah tengok2 sket servis hospital jerantut tuh...makin hari makin HAMPEH!!!

********************************************
KELUHAN pesakit yang terpaksa menunggu lama di hospital dan klinik kerajaan bukan isu baru, ramai me ngibaratkan ia seperti melihat siput berjalan. Maknanya lambat dan mengambil masa lama.
Pada 22 Mac 2008, Kementerian Kesihatan pernah memberi jaminan akan mengurangkan masa menunggu bagi men dapatkan rawatan pesakit luar daripada 45 minit kepada 30 minit saja.

Masalahnya, berdasarkan tinjauan Metro Ahad di tiga hospital utama di Kuala Lumpur, Johor dan Pulau Pinang, isu pesakit menunggu lama masih jelas kelihatan. Jika ada perubahan pun, hanya sedikit di Jabatan Pesakit Luar, tetapi di klinik pakar dan jabatan tertentu masalah ini terus berlaku.
Pelbagai rungutan didengar. Apa sebenarnya punca ma salah ini? Atau adakah ia disebabkan masalah pesakit terlalu manja hingga tidak boleh menunggu lama di hospital? Sejak kebelakangan ini, umum dapat melihat pelbagai usaha dilakukan kerajaan untuk mengagihkan pesakit ke klinik luar supaya lambakan pesakit di hospital utama dapat dikurangkan. Misalnya, melalui penubuhan Klinik 1Malaysia dan sistem e-Masa yang diperkenalkan Kementerian Ke sihatan.

**petikan dari Harian Metro


untuk persoalan yang aku warnakan merah tuh: cuba tuan2 pikir la secara logik kalau dah 4 jam menunggu tuh kategori MANJA ke?cer jawab sket...4 hours without NOTHING!!!macam BODOH je bunyinya kan...hehehhee...tepuk dada tanya selera...:)

aku sekadar melepaskan geram dihati sebb mak aku orang buat macam tuh....mak aku..hokey..mak aku!!!!

No comments: