Followers

Tuesday, 31 July 2012

Monday, 30 July 2012

apa pandangan korang?

Assalamualaikum semua..

hari nih boring...monday blues..pg2 td dah terbaca artikel nih kat yahoo... 

Apa pandangan korang semua? sbb sebelum nih aku ada terbaca satu lagik research dari mana ntah tak ingat (nnti aku google2 balik) yang menyatakan Najib ada peluang menang...hehehe...aku rasa sesak nafas dengan keadaan politik zaman sekarang..tak tahu siapa dah yang betul sape yang tak betul..aku rasa dua2 tak betul..muahaha....aku tak kesah...janji aku boleh hidup dengan aman makmur di bumi malaysia..dan yang paling penting dapat bonus setengah bulan gaji..muahahaha....daaa...

Friday, 27 July 2012

produk baru dari bdc


assalamualaikum semua.....
wink2*...bdc ada kuar satu lagi produk baru....Susu Sohih...klik gambar atas untuk paparan lebih jelas ekkk...

nak order?????just coll me...013 2241975

Thursday, 26 July 2012

cerita upi dan mya


Assalamualaikum
hehehe...hari nih nk cite tang gambo kat atas...hehehe...ari tuh amek mya ngan pya..otw balik upi leh tertido lak...tgh mkn jajan lak tuh leh tertido...so apa lagik...nampak tangan sape yang tengah mencopet jajan upi...hehehehe....amek kesempatan time upi tido..

Wednesday, 25 July 2012

lama tak hapdet


Salam semua...
Dah lama tak hapdet blog..hehhee..minggu lepas agak bz dan kelam kabut..en suami masuk wad 4 hari...pastuh dapat mc sampai skang..hehehe..so mingu lepas bz dok ulang alik balik umah lunch hour antar lunh kat en suami...hehehe.versi malas nak masak kan...hari ni jap lagik nak ke pusrawi lak...hari nih nak kena buang stent ke pe benda ntah namanya kat dalam salur kencing...hopefully everything will be ok...okeh...see next entry..daaa....

Thursday, 19 July 2012

deejavu di kinabalu


 Satu lagi cite yang aku dok follow skang...hehehe...sbb hero dan heroin dia best bangat...
tak sabar nak menati apa kesudahan cite nih...tp dlm cite nih aku prasan ada sorang pelakon laki baru kot..tp lakonan dia best..selamba je...zahir nama wataknya..ala kawan baik si amar...muka pon not bad..good looking...:)
so korang rasa sape yang dapat si nadira ni???aku mmg nak dia ngan amar tp aku rasa amar di bayangi oleh cinta inara...kesian kat bazli..tp bazli sangat skema kan???huhuhu...
pe2 pon kita tunggu episod last nanti...:)


p/s : nama2 yang digunakan dalam cite nih best...inara, nadira, uzma, yuzra...hurmmm....cm klasik gitu..:)

ameera


hehehe..:)
korang tengok tak cite nih???? smalam last episod ameera...aku mengharapkan happy ending untuk ameera dan amir...tapi malangnya amir mati rupanya..agak frust jugak...yang aku hairan nape polis tk dapat kejar si farok tuh..tkpon tembak kat kaki dia je...macam tak logik kan???sampai boleh lepas lagik si farok tuh...hurmmmmm.....frust32x...tkpelah...mnnti kalu aku jadik director aku akan wat cite happy ending...huahuahua....

p/s: tp rita mmg cantekkkk sgt..

"SEGMEN : Jom join bloglist MYRAVEA"


 
Salam semua....
Selamat hari khamis...esok hari jumaat...lusa dah start puasa kawan2...hehehe...td dok godek2 tenet nih terjumpa lak segment MYRAVEA nih...mcam best je..nak join gak...senang je...just follow arahan kat bawah ekkk;



Syarat-syaratnya;
  • Buatkan satu entri bertajuk "SEGMEN : Jom join bloglist MYRAVEA"
  • Letakkan banner segmen di atas, di entri tersebut
  • Letakkan link blog myra di bloglist blog korang
  • Letakkan link twitter/ link page korang di entri tersebut (senang untuk diterjah)
  • Akhir sekali, letakkan link entri korang di bahagian komen entri ini

Kelebihannya kawan2;
  • Link blog korang bakal berada di bloglist blog myra
  • Tiga top referral akan menerima 'free watermark' dari myra 
  •  Dapat memeriahkan page dan twitter korang sesama blogger

Wednesday, 18 July 2012

SHARE

Assalamualaikum semua...
Hari nih pening2 lalat dok buat pengesahan budak2 nih wat peperiksaan ulangan...nk terkeluar biji mata ngadap komputer...sesambil tuh aku godek2 tenet terjumpa lagik kes orang yang ngamuk kat putrajaya hari tuh...jumpa blog yang de wat sikit research berkenaan ngan kes tersebut...banyak dan panajang ceritanya...aku baca blog hamba Allah yang kena tembak tuh aku rasa pening2 lalat...hehehe...ayat dia, bahasa dia.....tp kadang2 menampakkan dirinya terlalu taksub..ntahla..wallhuallam...dan ada yang kata muhdalina kena pukau...banyak versi...so sesape nak baca dipersilakan..

blog hamba Allah yang kena tembak tuh;

http://jayanegara1234.blogspot.com/
blog rakan pompuannya tuh..yang seangkatan; 
http://9111tanyasamaituhudhud.blogspot.com/
blog si penganalisis...:)
http://buasirotak.blogspot.com/
dan 1 lagik blog;
http://anginperubahan.blogspot.com/
semoga kita semua sentiasa di bawah lembayungNya...amin..

Monday, 16 July 2012

jom sihat dan cantik

Assalamualaikum 


Sempena kedatangan bualan Ramadhan yang mulia ini jom sama2 kita berpuasa di samping menjaga kesihatan dan kecantikan...:)..*wink2

untuk kesihatan setiap pagi dan malam kita minum maq100...memang bagus untuk kesihatan dan juga baik untuk kulit..minum 2 kali sehari untuk mendapatkan kesihatan dan kesegaran sepanjang berpuasa...:)


pastuh sebelum tidur kita amek collagen..sebotol sebelum tido...senang je..buak penutup botol then minum..no need bancuh2 hokey....:)

ok..untuk sahur kita minum acai cafe..bagi cergas dan bertenaga sket untuk menjalani kehidupan seharian...disamping sihat kita juga akan nampak anggun sentiasa...:)
sesape berminat nak consume minuman kesihatan dan kecantikan nih, just coll/sms/email saya....hadiah menarik menanti...*wink2*

marhaban ya ramadhan


Marhaban ya Ramadhan… Bulan suci penuh berkah akan tiba. Saatnya untuk lebih mendekatkan diri pada-Nya. Menjauhi keburukan dan memperbanyak ibadah pada-Nya. Dengan segala kerendahan hati, saya aturkan mohon maaf lahir & batin atas segala salah dan khilaf…. Selamat datang bulan suci Ramadhan.


lagi kes culik


untuk bacaan seterusnya klik SINI

Hampir setiap hari kita di hidangkan dengan kes2 culik anak2 terutamanya.sangat sedih bila membaca cerita seperti ini. Dapat kita bayangkan keadaan anak kecil ini yang  terlepas daripada bahaya. Nauzubillah..minta dijauhkan semua bahaya ini untuk kita semua.

Kenapa manusia zaman sekarang tak punya hati perut dan perasaan???sanggup culik anak yang tidak berdosa..apa tujuan mereka?? tidak kah mereka dapat bayangkan jika ini berlaku kepada anak2 mereka?? aku tk boleh terima sungguh manusia macam nih...semoga tuhan melaknat mereka semua dan memberikan balasan setimpal. Kepada rakan-erakan di luar sana sentiasa beringat2...semoga Allaah menjauhkan kita dari kecelakaan dan kemudaratan...Insyaallah..

*************************************************************


Doa ini patut dibaca olehh kita semua untuk menjauhkan diri, keluarga dan semua muslim dari sebarang bahaya yang menanti kita tanpa diduga.
Bacalah doa pendek dibawah ini dengan harapan Allah melindungi kita :-

من نَزَلَ مَنْزِلا ثُمَّ قال " أَعُوذُ بِكَلِمَاتِ اللَّهِ التَّامَّاتِ من شَرِّ ما خَلَقَ " لم يَضُرَّهُ شَيْءٌ حتى يَرْتَحِلَ من مَنْزِلِهِ ذلك
( A'uzu bikalimaatillaahittaammaati min syarri maa khalaq)
"double a bermakna bacaan dipanjangkan 2 harakat"
"anda digalakkan merujuk bacaan kepada orang yang arif untuk mengelak kesalahan"

Ertinya : sesiapa yang keluar dari rumah dan membaca doa " Aku berlindung dengan kalimah Allah yang sempurna dari segala kejahatan makhluk" maka dia tidak dimudaratkan oleh sesuatu apa pun sehinggalah dia kembali ke rumahnya semula."
( Riwayat Muslim, 4/2080)

Disebut dalam satu riwayat lain, nabi bersabda :-

فقال رسول الله من أي شيء قال لدغتني عقرب قال رسول الله أما إنك لو قلت حين أمسيت أعوذ بكلمات الله التامات من شر ما خلق لم يضرك إن شاء الله

Ertinya : nabi bertanya : kena apakah kamu ?
Lelaki berkata : aku disengat kala
Nabi berkata : sekiranya engkau membaca pada setiap petang " Aku berlindung dengan kalimah Allah yang sempurna dari segala kejahatan makhluk", nescaya dengan izin Allah kamu tidak akan ditimpa mudarat"
( Riwayat Ibn Hibban, 3/298 )


Juga sebuah lagi doa yang mudah dari hadis sohih:-

رَسُولَ اللَّهِ يقول من قال " بِسْمِ اللَّهِ الذي لا يَضُرُّ مع اسْمِهِ شَيْءٌ في الأرض ولا في السَّمَاءِ وهو السَّمِيعُ الْعَلِيمُ " ثَلاثَ مَرَّاتٍ لم تُصِبْهُ فَجْأَةُ بَلاءٍ حتى يُصْبِحَ وَمَنْ قَالَهَا حين يُصْبِحُ ثَلاثُ مَرَّاتٍ لم تُصِبْهُ فَجْأَةُ بَلاءٍ حتى يُمْسِيَ

(Bismillaahillazii laa yadurru ma'asmihii syai un fil ardi walaa fissamaa i wahuwassamii 'ul 'aliim)
Ertinya : Rasulullah s.a.w didengari berkata sesiapa yang berdoa : "Dengan nama Allah yang tiada dimudaratkan sesuatu apapun dengan namaNya samada di bumi dan di langit, dan Dialah maha mendengar dan maha mengetahui" sebanyak 3 kali, maka dia tidak ditimpa kesusahan bala dan musibah sehinggalah subuh esoknya, dan barangsiapa membacanya ketika subuh 3 kali, dia tidak ditimpa kesusahan bala dan musibah sehingga petangnya"
( Riwayat Abu Daud, 4/323 ; At-Tirmidizi, 5/465 dan Ahmad ; Tirmizi : Hadith Hasan)
 

Friday, 13 July 2012

jom jadi ahli









X  4 BOTOL =AHLI











Assalamualaikum 

Selamat pagi semua..Semoga hari2 yang mendatang akan memberikan kita kebahagian dan kejayaan....Insyaallah...

Hari nih just nak share tentang manafaat jadi ahli BDC.. Dengan pembelian 4 botol Maq100 secara automatik anda akan didaftarkan sebagai ahli. Pembelian selepas ini bolehlah guna harga ahli..Jimat kan??selain dariapda tuh kita beli  dan kita akan dapat point..So sambil2 minum dan jaga kesihatan, anda juga akan dapat manafaat daripada pembelian anda..menarik kan?..2 manafaat yang kita dapat  dalam 1 perkara.. 

So, sesiapa yang berminat mencuba Maq100 dan ingin menjadi ahli, jgn segan2 coll/pm/email saya....

alisa12280@yahoo.com 
013 2241975

untuk keterangan lebih lanjut perkenaan dengan pelan pemasaran BDC sila klik SINI

Wednesday, 11 July 2012

@pusrawi

assalamualaikum
hehehe...hari nih bercuti sbb en suami kena batu karang..pg2 td kol 5 en suami kena sakit perut kronik.biasanya sakit perut yg biasa. tp pg td nmpk cm kronik je..pastuh angkut anak yg tgh pening2 lalat bgn tido g pusrawi..dah cek bagai, kena ct scan kol 9. then dr ckp ada batu sumbt salur kencing. buah pinggang dah bengkak dan ada 
kuman. kena buang gak tghari nih..dlm kol 12 td dah buang tru laser..batunya kecik je tp sakitnya..harap2 en suami cepat sembuh.....:)

Tuesday, 10 July 2012

About Zuhairatul Jannah


Hari nih semua orang mesti ada terbaca kisah Zuhairatul Jannah kn? Pelajar Maahad yg hilang ahad lepas. hari nih alhamdulillah..dia ditemui dlm keadaan selamat di gombak.
Setelah saya google tentang kisah SEPUPU saya ini, terlalu banyak spekulasi buruk tentang beliau. Sesungguhnya berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Jika kita tidak tahu cerita pokok pangkal, usal menafsir secara zahir. bimbang akan menyimpang ke arah lain. Beliau bukan lah seperti yang diperkatakan di CariForum. Tiada apa2 buruk yang terjadi kepada zuha jauh sekali 'pregnant' seperti tuduhan di CariForum. Terdapat unsur mistik dalam kes kehilangan beliau.. mungkin ini di anggap TAHYUL bagi Changa di ruangan CariForum. Tapi mkhluk seperti ini juga wujud di bumi moden kita ini. Mungkin saudara changa ini tidak pernah kena kot keadaan seperti ini..sebab itu ianya di anggap TAHYUL. Tidak mengapalah..mungkin ini takdir untuk sepupu ku..bahagian dia..bahagian kita mana kita tahu kan..apa2 pon tolong hentikan spekulasi buruk terhadap zuha....sehingga ke saat aku menaip nih, dia masih sedang berubat kerana 'penyakit' itu kembali lagi..
sama-sam kita berdoa agar tiada apa-apa perkara buruk berlaku pada zuha...dan semoga zuha sentiasa berada di bawah perlindunganNya...Amin.

jenjalan


sabtu ke rumah adik aku di pulapol...mya sibuk sangat berapa kali ckp dah lama tk jumpa widad...hehehe..widad dah boleh berdiri dah skang...



gambar bawah nih otw balik dari bangi..umah kakak aku..ahad hari tuh kitorang berkumpul kat sana. kebetulan en suami nak g tgk tanah dia kat sungai merab..pastuh terus ke taman universiti...hehhee...ni dah otw balik..sempat singgah kat tekala jap...tgk tuh sorang satu..upi dengan tab, mya dengan psvita..hehehe...budak2 zaman sekarang....


Monday, 9 July 2012

lagi2 menipu


*************************************
Assalamualaikum semua..
satu lagi makhluk nak cuba menipu...hari tuh cimb..nih hong leong bank lak...aku mana ada buka akaun ngan diorang nih pon...mushkil aku....kalu nk menipu pon berpada2 la...hati2 semua anda di luar sana...jangan tertipu dengna makhluk ini....

promosi jun - ogos...



renungan

Tahukah anda kos bagi merawat kanser sangat-sangat mahal? Jadi, apalah sangat belanja MAQ100 untuk kekal sihat dan elakkan diri dari terhidap penyakit kanserkan?? 


Natural Bamboo Charcoal Body shapers







hehehehe...sesaja nak tulis sket pasal bamboo shaper nih...aku baru start pakai minggu lepas..sebelum nih saya pakai B!@###$$$ul...tp bila petang je masyaallah...tak cukup tangan bergaru satu badan elergic..sebab ada besi tetulang tuh..tak larat dah ehh nak menggaru tetiap hari..so aku ketepikan b******ul tuh kat tepi dinding walaupon aku dan habih 2 riban beli menda alah tuh...huh (sungguh rugi rasanya duit aku) dan cuba mencari korset yang selesa..last2 aku jumpa byk feedback tentang benda alah yang aku mention kat atas tuh..aku rasa cam nak try je..harga pon tak lah mahal sangat. nnati tkde la ralat sangat kalu tak pakai pon..start pakai minggu lepas..dan sangat2 comfort...takde tulang besi pon,,semuanya lembut..tak terasa macam robot sangat dan terasa tubuh sangat kemas dan padat...hehehee...moga2 aku serasi dengan bamboo charcoal nih dan yang paling penting aku nak KURUS!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!hukhukhukhuk....

aku beli kat SINI bamboo charcoal tuh...:)

Kenapa Maq100??


JUS BOTANIKAL MAQ100 hanya menggunakan ramuan semula jadi yang paling berkualiti, yang dituai oleh puak Mapuche Indian, dengan cara yang dibenarkan dalam proses penuaian. Maqui Berry telah digunakan berkurun-kurun oleh suku Mapuche India dari Amerika Selatan. Buah Maqui ini tumbuh secara eksklusif di Patagonia Wilayah Selatan Chile dan Argentina. Maqui Berry merupakan simbol kekuatan, kesihatan dan kecergasan. Ia juga dipercayai oleh orang asli mempunyai kuasa penyembuhan yang menakjubkan. Selain daripada rasa sedapnya, kombinasi nutrisinya yang paling kuat, tidak pernah dijumpai di mana-mana di seluruh dunia.


Doktor dan saintis telah megambil keputusan untuk menggabungkan beberapa ramuan termasuk Acai Berry, Hawtorn, Delima, Blueberry, Cranberry dan beberapa jenis beri yang lain untuk mencipta produk unik yang dipercayai akan menjadi penawar segala penyakit untuk berjuta-juta orang. Bahan-bahan ini telah diuji secara saintifik dan telah menunjukkan keputusan yang menakjubkan.


KHASIAT MAQ100

  • Beri Maqui dan Beri Acai yang mengandungi antioksidan yang tertinggi di seluruh dunia.
  • Menurunkan berat badan.
  • Meninggatkan kekuatan dan daya ketahanan.
  • Menyokong kesihatan penuaan.
  • Meneutralkan radikal bebas.
  • Sumber vitamin C, kalsium, besi dan kalium yang bagus.
  • Menambahkan paras tenaga.
  • Aktiviti anti-radang.
  • Melindungi LDL daripada pengoksidaan.
  • Menguatkan tulang dan sendi.
  • Memutihkan kulit dan melindungi kulit daripada sinaran matahari.
  • Mengurangkan tahap kolesterol buruk (LDL)
  • Menyokong kesihatan saluran darah jantung
  • Selaraskan usia sebenar dengan usia semasa anda

Friday, 6 July 2012

About BDC (BumiDotCom)



Apa itu BDC?
Bumidotcom Sdn. Bhd. (BDC) adalah sebuah syarikat 100% milik bumiputera yang telah ditubuhkan pada 30 Ogos 2010 dan memulakan operasi pada 14 Februari 2011 setelah mendapat lesen Akta Jualan Lansung (AJL931876) dari Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDN). Bumidotcom Sdn. Bhd. atau BDC menjalankan perniagaan pelbagai tingkat atau lebih di kenali sebagai Multi Level Markerting (MLM).
BDC merupakan syarikat pemasaran untuk produk-produk kesihatan dan kecantikan yang berkualiti dengan nilai yang mampu dinikmati oleh semua lapisan masyarakat. Dengan adanya kesedaran dan keinginan orang ramai tentang pentingnya kesihatan dan kecantikan telah memberi dorongan kepada syarikat intuk menawarkan jalan penyelesaian alternatif dalam mempertimbangkan kualiti hidup masa kini.
Dalam perlaksanaan untuk menjadikan rangkaian produk BDC sebagai satu pilihan utama kepada masyarakat, syarikat telah merangka dam membina satu sistem perniagaan yang mudah dan teratur untuk semua ahlinya agar dapat memasarkan produk secara efisyen dan tepat kepada pengguna disamping mampu menjana pendapatan dan mejalankan perniagaan secara lebih teratur dan profesional.
Kualiti adalah teras utama bagi pengeluaran produk-produk BDC, dengan itu BDC sentiasa memastikan setiap produk yang dihasilkan mematuhi piawaian yang telah diluluskan oleh badan-badan berkaitan di Malaysia. Syarikat percaya bahawa dengan misi dan visi yang menjadi panduan bagi setiap yang bernaung dibawahnya mampu memberikan kepuasan semua pihak bagi menjamin kehidupan yang lebih ceria dan bermakna

4mulite


Soalan-soalan Lazim Berkaitan Produk 4mulite


Q:Apakah jika mengambil Produk 4Mulite akan membawa kepada kesan sampingan?
A:Tidak, ini kerana 4Mulite merupakan sejenis makanan gantian(Food Supplement) untuk mengurangkan berat badan yang telah mendapat kelulusan sepenuhnya dari pihak Kementerian Kesihatan Malaysia(KKM). Ianya bukan sejenis ubat dan tidak akan menimbulkan sebarang kesan sampingan. Ia juga adalah sama seperti makanan normal setiap hari.
Q:Benarkah siri produk pelangsingan badan yang disediakan oleh syarikat BDC dapat membantu dalam penurunan berat badan seperti yang diidam-idamkan?
A:Sebenarnya ia bergantung samaada pengguna itu betul-betul mengikuti dan berdisiplin dalam program pelangsingan BDC dan dibantu pula dengan jadual pelangsingan yang telah disediakan.
Q:Berapa lamakah Program Penurunan berat badan diambil bagi menurunkan berat badan secara Ideal?
A:Ia bergantung kepada 3 keadaan :-
  • Seseorang yang mempunyai berat 100% berlebihan/obesiti lebih lambat penurunan dari mereka yang hanya 50% berat.
  • Samaada pengguna sentiasa mematuhi peraturan dan syarat-syarat di dalam jadual pemakanan BDC, ianya akan dapat membantu menurunkan berat badan secara konsisten serta ideal. Peserta hendaklah meminum air dengan banyak, tidak makan makanan ringan, tidak makan pada waktu malam dan melakukan senaman secara berterusan.
  • Umur, pekerjaan dan persekitaran juga mengambil faktor penurunan berat badan.
Q:4Mulite terdapat dalam berapa variasi perisa? Dan bagaimanakah cara menyediakannya?
A:4Mulite mempunyai satu perisa sahaja iaitu perisa sensasi Strawberi. Cara menyediakannya, ambil 1 sacet 4mulite dan isikannya di dalam shaker yang telah diisi 225ml air masak atau sejuk (tidak perlu air    panas) goncangkan dan minum.
Q:Bolehkah 4mulite disimpan di dalam peti sejuk dan diminum kemudian?
A:4mulite yang telah digoncang akan menjadi lebih pekat dan warnanya akan berubah jika dibiarkan berterusan dan ianya tidak lagi sedap untuk diminum. Sebaiknya setelah digoncang minumlah ia terus.
Q:Bolehkah 4mulite dibancuh dengan air panas jika saya tidak berapa menggemari air sejuk?
A:4mulite merupakan makanan yang berprotein tinggi dan ianya tidak mudah larut dengan air panas malah akan menghasilkan gumpalan. Jika air panas dituangkan ke dalam shaker tekanan yang dihasilkan oleh wap air akan menolak penutup dan menyebabkan bancuhan 4mulite terkeluar melimpah dari shaker. Tidak menjadi masalah jika anda membancuhnya dahulu dengan air sejuk dan tambahlah air suam selepas bancuhan itu.
Q:Bolehkah jus buah-buahan atau minuman ditambahkan ke dalam 4mulite semasa penyediaannya?
A:Adalah tidak digalakkan kerana ianya akan mengakibatkan penambahan kalori dalam minuman. Program penurunan berat badan anda akan lambat dan seterusnya menemui kegagalan. Ianya perlu jika bukan dalam program penurunan berat badan akan tetapi untuk menambahkan berat badan.
Q:Apakah ketul-ketulan kecil yang terdapat dalam bancuhan 4mulite semasa penyediaanya?
A:Ketul-ketulan kecil itu adalah kandungan mineral dan sebagai agen penyingkir lemak. Mineral dan bijirin Soy adalah bahan utama 4mulite dalam penyingkiran berat badan.
Q:Apakah cara penyimpanan yang paling sesuai untuk produk 4mulite ini?
A:4Mulite mempunyai tarikh luput yang agak lama untuk penyimpanan. Tempat yang paling sesuai adalah tempat yang kering dan jauh dari sinaran cahaya matahari, jangan sesekali disimpan di tempat yang basah atau di dalam peti sejuk dan juga di dalam kereta. Kelembapan & suhu kepanasan yang tinggi boleh menyebabkan kualiti produk akan menjadi rosak.
Q:Berapa sacet 4mulite boleh diambil dalam satu hari?
A:Ambil satu sacet untuk setiap 4 jam sehari untuk menggantikan sarapan pagi dan tengah hari. Pengambilan makan malam adalah sangat disarankan dalam jadual pemakanan 4mulite untuk mengelakkan badan kekurangan karbohidrat. Ini kerana tanpa karbohidrat yang cukup akan menyebabkan badan lesu dan keletihan.

Acai Cafe


Maq100




Fruitigama



Gamat merupakan sejenis haiwan laut yang biasanya mendiami di celah-celah atau di bawah batu karang, berbentuk seakan timun dan cempedak. Dianggarkan terdapat sebanyak 1100 spesis timun laut di dunia tetapi hanya kurang 50 spesis sahaja yang boleh dijumpai di perairan Malaysia. Gamat boleh didapati dalam pelbagai warna dan saiz. Namun begitu, timun laut yang benar-benar asli dan bermutu tinggi serta paling berkhasiat adalah dari jenis yang berwarna kuning keemasan, dikenali sebagai Gamat Emas atau nama saintifiknya STICHOPUS HORRENS yang mempunyai nilai terapeutik serta keupayaan penyembuhan yang baik.

Jack Night


Kita semakin tidak dihormati


Kita sebagai umat Islam sudah semakin tidak di hormati di bumi kita sendiri...
tepuk dada..tanya selera...

Women Pro


Harga : RM 83.00

D Less


Bagus untuk detox

Harga : RM 59.00 (SM)
          RM 64.00 (S/S)


lega


Final exam dah habis....yuhuuuu.....lega rasanya..smaalam last paper yang paling aku takut..tp alhamdulillah..semuanya ok..soalan kuar pon adalah soklan yg aku target..seb baik...hehehehe...so skang aku merdeka sat sampai bulan 9...so masa untuk bersuka ria dan buat keje lak...hehehhe...:)

Thursday, 5 July 2012

Syaaban



Nisfu Syaaban adalah peristiwa hari ke-15 dalam bulan Syaaban tahun Hijrah. Umat Islam mempercayai yang pada malam Nisfu Syaaban, amalan akan dibawa naik oleh Malaikat untuk ditukar dengan lembaran amalan yang baru setelah setahun berlalu.Malam Nisfu Syaaban adalah malam ke-15 Syaaban iaitu siangnya 14 haribulan Syaaban.Malam Nisfu Syaaban merupakan malam yang penuh berkat dan rahmat selepas malam Lailatul Qadar. 


Bulan Syaaban merupakan bulan kedua selepas Rejab yang penuh dengan keberkatan.Sesungguhnya bulan Rejab adalah kesempatan untuk meminta ampun dari segala dosa, pada bulan Syaaban adalah kesempatan untuk memperbaiki diri dari segala macam cela dan pada bulan Ramadhan adalah masa untuk menerangkan hati dan jiwa. Antara amalan-amalan yang digalakkan ialah:

  • Memperbanyakkan puasa sunat
  • Memperbanyak doa, zikir dan berselawat kepada Rasulullah SAW
  • Bertaubat