Followers

Saturday, 30 June 2012

repeat order + free gift



Salam 1 Malaysia

smalam g BDC amek Maq100 untuk repeat order dari my mom untuk 4 botol. skang ada promosi untuk beli maq100 2 botol then dapat free gift samada women pro atau d less..smalam aku beli 5 botol maq100, so aku dapat satu women pro dan satu d less..d less untuk detox..women pro untuk kesihatan dalaman wanita..memang best..

so sape2 yang nak order maq100 dan jika jadik ahli terus lagi bagus.nnti repeat order leh beli dengan harga ahli..lagi berbaloi..

my mom dan consume maq100 dah sebulan lebih...my mom ada kencing manis dan darah pon kadang2 naik turun..so far lepas consume maq100, kencing manis dah normal skang...

so sape2 berminat nak try maq100, just do coll/sms saya..ok..


Friday, 29 June 2012

teringin


aku teringin nak pakai tudung cenggini...hahahha...agak2 boleh bla tk????ke orang kata aku buang tebiat???

manusia akhir zaman semakin hilang pertimbangan


Assalamualaikum

Hari nih tgk metro muka depan pon aku dah tk sanggup baca..kenapa masih ada manusia macam nih skang???anak barui umur setahun..apa yang diorang tahu??kenapa manusia akhir zaman ini semakin hilang pertimbangan??kenapa aku perlu membaca berita seperti nih saban hari??kenapa??

sedih rasa hati tgk muka anak yang tak berdosa nih...semoga Allah sentiasa melindungi anak-anak seperti ini..dan semoga Allah juga memberikan hidayah kepada semua ibu bapa di luar...

dugaan




Takziah diucapkan kepada sahabat dan juga jiran aku...rumahnya dirompak kelmarin..dirompak ketika tiada di rumah. Manusia zaman sekarang dah tk peduli penat lelah orang lain mencari rezeki..semua nak amek jalan senang...tp alhamdulillah kejadian berlaku ketika beliau  sekeluarga tiada di rumah..mungkin ada hikmah yang ingin tuhan berikan atas kejadian ini...

Kejadian ini menyedarkan aku untuk sama2 kita sentiasa bersyukur kerana sentiasa berada di bawah lindunganNya...

Kepada sahabat aku...semoga tabah dan cekal menghadapi segala dugaan yang diberikan...

Wednesday, 27 June 2012

maq100



COLLING ORDER FOR MAQ100.....
JUGA UNTUK PROLINE COLLAGEN....
BUAT MASA SEKARANG ADA PROMOSI UNTUK JADI AHLI..BELI 4 BOTOL MAQ100 THEN DAPAT FREE ACAI CAFE (MEMANG BEST...TAK NYESAL MINUM)..LEPAS JADIK AHLI U ALLS BOLEH BELI DENGAN HARGA AHLI..LAGIK JIMAT...JOM2...
 

share


Pagi td baru dengar dr fazillah kamsah di sinar..aku nak jugak jadi insan berjaya..semoga tuhan melindungi, sentiasa memberikan aku hidayahNya dan memberkati hidup aku...amin...

Friday, 22 June 2012

Gold Coast Morib


tengok muka upi...rasa macam nak gigit hidung...eksenn...

mya...jap2 cakap boring nak balik..hahaha..sebab leh g main themepark petang je...pagi kemalasan mama melanda...hahaha..

bilik yang selesa...leh nampak lagik diorang mandi dari dalam..hehehe..cuma kapet je nan ado...kalu ada kapet lagik best...
 


Upi kata...mama adik lentok...huhuhu..kecik2 dah tahu lentok tak lentok...

mlm bbq..


sedikit sebanyak gambar masa ikut abah g kusus kat morib..hehehe..gambar kt theme park kat kamera lain..so lain kali upload ekkk...daaaaa

Maq100



Colling order for maq100...cepat2....interested???? just do coll me...
013 2241975

Thursday, 21 June 2012

conversation mya & abah

Perbualan mya dan abah minggu lepas sempena hari bapa;


Abah: mya..nnti sok hari bapa nk bagi abah hadiah apa?
Mya; mmmm nantila..nanti mya suruh mama belikan hadiah kat opis mama.

pastuh abahnya naik atas; dia pon datang kat mama dan tanya;

Mya: mama..abah nak hadiah esok...boleh tk mama belikan hadiah kat opis mama?
Mama: Mya nak bagi hadiah apa kat abah.?
Mya: mmmmm..nak bagi apa ye ma..bagila..dompet ke..tk pon bagi hadiah rokok boleh?
Mama: ROKOK?????#$%%%^mama pengsan$%^^&


itulah anak sulung aku...umur 5 tahun..smalam bg hint2 nak g  i city..dia pandai bab2 bagi hint nak g jalan nih..champion..huhuhu...kalu upi dia direct je ajak g jalan..hehehe...anak2 aku asal cuti dalam kepala berjalan...ikut jejak langkah abahnya.

Wednesday, 20 June 2012

exam mode

Assalamuaalaikum semua..
Dah lama tk bersiaran..last week g morib ikut en suami berkursus sampai selasa..so hari nih masuk keje dengan kepala serabut...hehehe...minggu nih last lecture dah..jumaat ada presentation..tp tk buat apa pon lagik...next week dah start final exam...huh..tak tercapai rasanya..penat suda...semoga aku tabah menjalani hari2 mendatang...insyaallah..

Thursday, 14 June 2012

repeat order - proline collagen



Assalamualaikum
Repeat order dr opismateku...5 kotak (amek 5 kotak terus sy leh bagi less baekk punya..:))..thanks k as..moga2 bertambah anggun dan ehem32x...:)


sekarang masa untuk maq100 sebelum tido..dan juga sebotol proline collagen..untuk hari esok yang lebih bermakna..nite semua...assalamualaikum

sharing






Sudah tentu sahabat-sahabat pernah melihat ada orang yang meletakkan anak patung di bawah bumper kereta...Sebenarnya meletakkan anak patung bawah kereta adalah budaya orang Thailand.Mereka percaya roh orang yang mati kemalangan akan berlegar-legar di tempat mereka mati. Bagi mengelakkan roh menganggu mereka yang memandu, terutama roh kanak-kanak, jadi mereka memasang anak patung pada bumper kereta,Supaya roh kanak-kanak tenang.Trend ini dibawa oleh pemandu teksi Thai yang mahu meletakkan roh lain (dengan meletak anak patung) supaya roh orang mati dilanggar tidak menganggu kereta mereka.

Firman Allah, mafhumnya:Maka barangsiapa mengikuti petunjukKu maka ia tak akan sesat dan celaka. Dan barangsiapa berpaling tadah, tidak ingat kepadaKu maka baginya kehidupan yang sempit dan Kami akan membangkitnya di Hari Kiamat dalam keadaan buta." (Ta Ha : 123)

Sabda Rasulullah saw Bermaksud: “Siapa yang menyerupai suatu kaum, maka dia termasuk sebahagian daripada Mereka” (Riwayat Abu Daud).

Kesimpulannya janganlah mengikut sesuatu perkara tanpa sebarang usul periksa sama ada perkara berkenaan mengikut syariat islam atau pun tidak.Berhati-hatilah dengan perkara seperti ini kerana tanpa kita sedar kita telah mensyirikkan Allah S.W.T..

SUMBER: Hamba Allah
PESANAN : tolong sebarkan..

Monday, 11 June 2012

 
 Assalamualaikum...
Hari nih bukak tenet kluar lak cite nih...mmg dah pernah tengok dalam paper pasal kes nih...tak habis2 isu politik dalam sistem pendidikan kita..jika nak disalahkan satu pihak yang berpolitik ini pon tak boleh jugak..mesti diorang akan tanya sape mulakan dulu kan?? yang budak2 nih pon dok berpiket sana sini pon aku mushkil gak..apa pekdahnya yang diorang dapatkan?bila dah jadik cam nih sape yang nak disalahkan..disebab kan nila setitik susu sebelanga yang rosak...bagi aku satu je...jika kita tanggungjawab dan sifat syukur dalam diri, pasti benda2 nih kita dapat hindari..belajarlah bersyukur dapat belajar di bumi pinjaman tuhan ini dengan aman..usah terlalu mengikut nafsu amarah yang akhirnya nnati akan memakan diri sendiri juga...so sesapa tk baca lagi tentang itu; just klik SINI



Saturday, 9 June 2012

angin ahmar, stroke dan sihir

Assalamualaikum

Hari nih nak share berkenaan dengan penyakit angin ahmar atau dalam bahasa modennya adalah stroke dan kaitan ilmu sihir diantara penyakit ini. Ayahandaku salah seorang yang sedang mengalami penyakit ini sejak 6 bulan yang lepas. Serangannya adalah secara tiba-tiba. Telah banyak tempat dicuba untuk mengubati penyakit ini namun setakat hari ini masih belum membolehkan ayahandaku bercakap dan sebelah tangan kanannya masih belum mampu digerakkan.
baru-baru ini aku telah membawa ke salah sebuat pusat terapi dan saraf di Seremban 2 atas saranan kawan satu opis. Sekadar berikhtiar setakat termampu.Setelah di bawa ke sana, dr zul menyatakan tidak boleh jalankan rawatan saraf kerana kehadiran makhluk lain di dalam badan ayahandaku..dan dr zul menyarankan agar dapat membuang dahulu makhluk itu sebelum menjalani rawatan urut saaf dengannya. Seawalnya memang dijangkakan terdapat unsur2 mistik dalam penyakit ayahandaku ini tp kami tolak prasangka itu. Maka atas nasihat dr zul, petang hari itu jugak kami bawa ayahnadaku berubat dengan seorang ustaz di cheras. Dan ustaz itu menyatakan mmg ada unsur sihir dalam badan ayahndaku..bunyi agak tidak logikkan..tp itulah hakikatnya..
setelah berubat alhamdulillah terdapat perubahan pada ayahandaku. semoga ayahandaku terus berada dibawah lindunganNya dan diberikan kesihatan yang bertambah baik selepas ini..
agak tertanya-tanya saya seorang diri; kenapa masih ada manusia zaman sekarang yang masih sudi bersahabat dengan syaitan dalam menjatuhkan orang lain?atau mungkin juga ada hikmah bagi kami sekeluarga yang ingin tuhan berikan..semoga kami semua tabah dan sentiasa dipermudahkan..amin

note: 
kepada sesiapa yang berminat nak cuba terapi saraf dr zul di seremban 2 just sms sy..sy tak boleh appear nombor phonenya tanpa kebenaran pihak beliau.selain pakar dalam sistem saraf, dr zul juga boleh tahu ada unsur mistik atau tidak dalam diri pesakit.

dan ini saya share kan sedikit info berkenaan angin ahmar untuk tatapan semua;


SEJARAH DOA ANGIN AHMAR


Memadai kita amalkan sekali dalam sepanjang hidup kita ayat seperti yang tertera diabawah. Penyakit Angin Ahmar ialah penyakit mati sebahagian badan, yang biasanya datang dengan tiba-tiba dan sukar pula untuk diubati. Walau bagaimana pun dengan rahmat dan belas kasihan Allah SWT kepada hamba-hambaNya maka melalui Nabi Muhamad SAW umat Islam dikurniakan Doa yang sangat mustajab dan besar faedahnya bagi menjauhi penyakit tersebut disamping lain-lain penyakit berbahaya dan bala bencana.

Penyakit Angin Ahmar ini mempunyai sejarahnya yang tersendiri, telah ada semenjak zaman Nabi Sulaiman AS. Semasa baginda menerima mengadap segala rakyatnya termasuk segala jin, manusia dan binatang, tiba-tiba baginda merasa ujub atau bangga diri; dalam hatinya berkata siapakah makhluk Allah yang tidak mahu tunduk kepadanya.

Seketika itu juga menjelma satu makhluk seperti lembaga manusia, yang besar, gagah dan hebat serta garang. Nabi Sulaiman terkejut dan menggeletar lalu bertanya kepada lembaga itu siapakah dia, dan mengapa ia datang. Lembaga itu menjawab bahawa dia bernama Ar-Raihul-Ahmar (Angin Ahmar) iaitu penyakit yang amat berbahaya dari lain-lain penyakit. Ia diberi kuasa untuk mendatangkan kesakitan kepada anak cucu Adam, termasuk boleh meresap masuk ke dalam urat saraf dan darah, dan juga otak seseorang hingga hilang akal.

Nabi Sulaiman segera mengarahkan panglima-panglimanya agar membunuh Ar-Raihul-Ahmar itu; namun lembaga itu menjawab bahawa tiada sesiapa makhluk yang boleh membunuhnya, lalu segera menghilang. Angin Ahmar itu masih ada hingga zaman Nabi Muhamad SAW dan zaman kita sekarang. Pada zaman Nabi Muhamad cucu baginda iaitu Saiyidina Hassan bin Ali pernah terkena penyakit rongga dan keluar darah. Ketika itu turun Malaikat Jibril dan memberitahu baginda bahawa Hassan terkena penyakit Angin, lalu baginda bertanya adakah ubat penawarnya. Jibril menjawab ada lalu ghaib. Sebentar kemudian Jibril kembali dan memberitahu Rasulullah, bahawa Allah SWT telah mengurniakan Doa mustajab bagi sesiapa yang membacanya walau pun sekali seumur hidupnya. Baginda pun membaca doa ini; lalu dengan sebentar itu juga sembuhlah Saiyidina Hassan, boleh berdiri dan sihat walafiat. Baginda lalu menganjurkan kepada para sahabat agar mengajarkan Doa ini kepada umat Islam sekalian.

Mereka yang terkena penyakit Angin Ahmar ini hendaklah berusaha mengamalkan membaca Doa ini seberapa kerap, terutama selepas solat. Setengah ulama menulis Doa tersebut dengan dakwat pada mangkuk atau pinggan putih; kemudian dibasuh dengan air lalu sebahagiannya diminum dan sebahagiannya disapukan pada anggota yang terkena penyakit tersebut. Yakinilah doa ini, kerana dengan keyakinan itu insya-Allah mereka yang terkena penyakit Angin Ahmar itu akan segera sembuh, terutama bagi yang belum terlalu berat penyakitnya.

Amalkanlah membaca Doa ini selalu, paling kurang sekali seumur hidup, insya-Allah akan terhindar dari penyakit yang berbahaya ini.
DOA MOHON DIJAUHI DAN DISEMBUHKAN DARI PENYAKIT ANGIN AHMAR
Maksudnya: Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang; dan denganNya kami memohon pertolongan; dan dengan Allah; dan dari Allah; dan kepada Allah; dan segala pujian tertentu bagi Allah; dan tiada Tuhan melainkan Allah; dan Allah Maha Besar, yang Maha Mulia dan Maha Agung; yang aku takut dan bimbang terhadap-Nya. Allah Maha Besar dengan segala kebesaran-Nya; segala pujian tertentu bagi Allah, sebanyak-banyak pujian. Dan Maha Suci Allah pagi-pagi dan petang-petang. Dengan nama Allah yang menyembuhkan, dengan nama Allah yang mencukupkan; dan dengan nama Allah yang menyihatkan; dengan nama Allah yang dengan nama-Nya tiada memberi mudharat sesuatu apa jua di bumi dan di atas langit, dan Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. Dan Kami turunkan sesetengah dari Al-Quran yang menjadi penawar dan rahmat untuk orang-orang yang beriman.
Ya Allah, aku yang menjampi dan Engkau yang menyembuhkan. Aku berlindung dengan-Mu daripada kejahatan yang telah Engkau takdirkan. Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, Allah Maha Besar. Aku berlindung dengan Allah, Tuhanku dan Penciptaku, Pembentukku dan Pencipta Rupabentukku dan Pemberi Rezeki sekalian manusia. Aku berlindung dengan Allah daripada sekalian kebinasaan, dan segala maksiat, bala bencana, penyakit dan segala kesakitan, kemalasan, kemunduran dan kebinasaan.
Ya Allah, lindungilah penanggung (pengguna) suratku ini dengan nama-Mu yang Maha Mulia dan Maha Agung; dan sifat-sifatMu yang sempurna, wahai Yang Mempunyai Kebesaran dan Kekayaan. Wahai Tuhan yang memiliki kerajaan dan alam malakut; wahai Tuhan yang memiliki keagungan dan kegagahan. Maha Suci Engkau, alangkah besarnya Engkau wahai pencipta segala langit dan bumi. Wahai Tuhan tempat berlindung mereka yang menyesal (akan dosa-dosa mereka); wahai Tuhan yang Maha Pengasih terhadap orang-orang miskin; wahai Tuhan pemilik kebesaran dan kekuasaan, wahai Tuhan yang mempunyai belas kasihan dan memberi kebajikan dan Ihsan; wahai Tuhan yang banyak kasih sayang, wahai Tuhan yang banyak memberi; wahai Tuhan yang Maha Gagah dan tiada sesiapapun yang mampu mengalahkan-Nya; wahai Yang Melindungi dan Dia tidak memerlukan perlindungan, aku berlindung dengan-Mu dari azab ke atas badan dan kesempitan; dan aku berlindung dengan-Mu dari penyakit Angin Ahmar dan penyakit yang besar yang menimpa ke atas diri dan roh, darah dan daging, tulang dan kulit, urat dan urat saraf.
Maha Suci Engkau; yang apabila Engkau menghendaki sesuatu maka Engkau hanya mengatakan “Jadilah! Maka jadilah ia”. Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, Allah Maha Besar. Wahai Tuhan yang menjadikan; wahai Tuhan yang membuat kebajikan, wahai Tuhan yang memberi pertolongan, wahai Tuhan yang Maha Gagah, wahai Tuhan yang Maha Adil, wahai Tuhan yang Berdiri dengan Keadilan, wahai Tuhan yang mendengar tangisan orang-orang yang meminta pertolongan. Wahai Tuhan yang memulakan (dari tiada kepada ada), wahai Tuhan yang mengembalikan, wahai Tuhan yang menolak, wahai Tuhan yang Mencukupkan. Wahai Tuhan yang menyembuhkan, wahai Tuhan yang meng’afiatkan, wahai Tuhan yang memberi pertolongan terhadap orang yang memohon pertolongan.
Wahai Tuhan yang menerima kesyukuran, wahai Tuhan yang banyak memberi balasan atas kesyukuran. Wahai Tuhan yang Maha Kasih Sayang, wahai Tuhan yang Maha Belas Kasihan, wahai Tuhan yang memberi pertolongan, wahai Tuhan yang Maha Berkuasa, wahai Tuhan yang Maha Gagah, wahai yang Maha Berkuasa, wahai Tuhan yang Maha Agung, wahai Tuhan yang mendahulukan, wahai Tuhan yang mengkemudiankan. Wahai Tuhan yang hidup, wahai Tuhan yang berdiri dengan sendiriNya, yang membalas mereka yang jujur dengan balasan ke atas tiap-tiap diri dengan apa yang mereka usahakan. Wahai Tuhan yang memerintahku, wahai Tuhanku yang memiliki aku, wahai Tuhan yang memberi perlindungan.
Wahai yang Maha Mengetahui sesuatu yang kami sembunyikan dan kami dedahkan; wahai Hakim yang menjatuhkan hukuman, wahai Tuhan yang memerintah sekalian orang-orang yang beriman; wahai Tuhan pembantu orang-orang yang dhaif dan miskin; wahai Tuhan yang Mencukupi keperluan orang-orang yang bertawakkal.
Wahai Tuhan yang mendatangkan malam ke atas siang dan siang ke atas malam; wahai Tuhan yang Gagah (mengalahkan) setiap Syaitan yang sangat durhaka, wahai Tuhan yang mengalahkan setiap orang yang sombong lagi degil; wahai Tuhan sebaik-baik Pemerintah; wahai Tuhan yang sebaik-baik memberi pertolongan, wahai Tuhan yang memberi rezeki kanak-kanak yang kecil, wahai Tuhan yang Maha Pengasih terhadap orang tuan (yang sangat tua), wahai Tuhan yang memerintah orang-orang yang beriman; wahai Tuhan bagi orang-orang yang dahulu dan orang-orang yang kemudian; wahai Tuhan yang pengasih kepada orang-orang yang bertaubat, wahai Tuhan yang Maha Pengasih dari kalangan yang mengasihi. Wahai Tuhan sebaik-baik pengampun dari yang mengampuni; wahai Tuhan sebaik-baik pewaris; wahai Tuhan sebaik-baik Pemberi Keputusan; wahai Tuhan yang memerintah pada Hari Pembalasan.
Ya Allah, hanya Engkaulah yang aku sembah dan hanya kepada Engkaulah aku memohon pertolongan. Dan kepadaMu aku bertawakkal. Dan kepada-Mu aku gemar dengan apa yang ada di sisiMu. KepadaMu aku berharap dan hanya Engkau yang aku takuti. Ya Allah, peliharalah aku dari segala kepayahan hidup dan penyakit-penyakit dan segala kesakitaan dan kesusahan dan darah hitam.
Ya Allah, peliharalah aku dari penyakit yang merbahaya dan dari penyakit Angin Ahmar dan penyakit darah kuning, dan segala kebinasaan dan segala maksiat dan pengsan, dan kerungsingan dan kesedihan dan dukacita dan dari di penjara. Ya Allah, peliharalah aku dari kejahatan binatang buas, dan binatang yang melata, serta permusuhan (benci membenci) orang awam, dan dari kekalahan dan kejahatan syaitan; dan raja, kemarau, kemahalan barang keperluan, dan gempabumi, dan bala bencana, dan keruntuhan bangunan, dan serangan musuh. Ya Allah, peliharalah aku dari kejahatan orang-orang yang jahat dan tipudaya orang-orang yang melampau, dan dari sesuatu yang silih berganti atasnya oleh malam dan siang melainkan yang datang itu adalah dengan baik, wahai Tuhan yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.
Aku berlindung dengan Engkau dari kejahatan setiap kejadian yang Engkaulah pemegang ubun-ubunnya; sesungguhnya Tuhanku di atas jalan yang tegak dan lurus. Engkau ialah Tuhanku dan di atas Engkau jua aku bertawakkal, dan Engkaulah yang Mencukupkan aku, dan sebaik-baik yang Mewakili, sebaik-baik Pemerintah dan sebaik-baik yang Memberi Pertolongan. Dan tiada daya upaya bagiku melainkan dengan Allah yang Maha Tinggi lagi Maha Agung.
Dan cukuplah kami oleh Allah, dan sebaik-baik yang mewakili sebagai Pemerintah dan Engkau sebaik-baik pemberi pertolongan. Allah yang mencukupkan, Allah yang menyembuhkan, Allah yang memberi a’fiat. Dan ucap selawat oleh Allah ke atas penghulu kami Nabi Muhammad dan ke atas keluarga dan sahabat-sahabatnya; selamat sejahtera; dan segala pujian bagi Allah Tuhan Pemerintah Seluruh Alam.




Friday, 8 June 2012


 Baru-baru ini MAQ100 kluar TV3. Banyak khasiat dan kebaikan dalam MQ100 sebenarnya..so sesapa nak try MAQ100 jangan segan-segan coll sms/email saya..penghantaran sekitar Taman Maluri/Pandan Jaya/Kg Pandan adalah FOC.

syah: 013 224 1975/alisa12280@yahoo.com
KHASIAT MAQ100

  • Beri Maqui dan Beri Acai yang mengandungi antioksidan yang tertinggi di seluruh dunia.
  • Menurunkan berat badan.
  • Meninggatkan kekuatan dan daya ketahanan.
  • Menyokong kesihatan penuaan.
  • Meneutralkan radikal bebas.
  • Sumber vitamin C, kalsium, besi dan kalium yang bagus.
  • Menambahkan paras tenaga.
  • Aktiviti anti-radang.
  • Melindungi LDL daripada pengoksidaan.
  • Menguatkan tulang dan sendi.
  • Memutihkan kulit dan melindungi kulit daripada sinaran matahari.
  • Mengurangkan tahap kolesterol buruk
  • Menyokong kesihatan saluran darah jantung
  • Selaraskan usia sebenar dengan usia semasa anda

KANDUNGAN MAQ100



* Resveratrol 
  • Meningkatkan kesihatan dan melanjutkan hayat hidup.
    Melindungi sistem kardiovaskular. 
  • Merangsang aktiviti penyahtoksikan dalam badan. 
  • Aktiviti anti-inflamasi. 
  • Melindungi anda daripada kanser dan kekacauan
    Neurodegenerative seperti Alzheimers dan Parkinsons.

* Omega 3, 6 & 9
  • Menjaga dan memulihakan kesihatan jantung
  • Membina sel-sel mati

 * BAE (Bio Activated Energy)
  • Tenaga bio dalam minuman yang mampu membantu anda menyusun kembali ion-ion dalam badan agar anda lebih bertenaga untuk tugasan seharian.



Thursday, 7 June 2012

renungan



Selagi masih diberi peluang oleh yang Maha Esa bernafas di bumiNya ini, selagi itulah aku akan terus melangkah tanpa jemu.

Wednesday, 6 June 2012

order2

Assalamualaikum
Jom kawan2 order MAQ100 dan proline collagen...mmg tak rugi..:)
Sesiapa yang teringin nak consume leh la sms/coll/email sy ye....:)
013 2241975/alisa12280@yahoo.com
 
Untuk MAQ100 ; sesiapa nak beli dengan harga ahli pon boleh mendaftar jadi ahli dengan saya..murah sket bila beli dengan harga ahli....:)

Tuesday, 5 June 2012

dariNya kita datang, kepadaNya kita kembali

Setiap insan pasti akan merasai 'mati',
Cuma masanya tak siapa pun pasti,
Kegerunan Izrail mesti dihadapi,
Walaupun diri mendesak ingin melarikan diri,
Tapi, kenapa perlu menghadapi mati?
Dengar sini,
Mati adalah salah satu tanda kekuasaan Illahi,
Diam di barzakh menunggu saat tibanya hari penghisaban diri,
Ruang rehat bagi mereka yang iman dan taqwa dijadikan pakaian diri,
Tetapi sebaliknya nasib mereka yang sering memungkiri,
Perintah Illahi.
Jadi,
Buatlah pilihan yang terbaik duhai akhi dan ukhti,
Mana yang lebih kau senangi,
Jika inginkan kebaikan diri,
Bersiap siagalah menghadapi janji Tuhan yang pasti mengunjungi,
Kerana saat tiba kehadirannya kau akan menghadap Illahi.
Akan tetapi,
Jika kau tetap memilih untuk berfoya-foya lagi,
Maka ingatlah!
Tika sampai waktunya, janji kan ditepati,
Mustahil sekali untukmu kembali ke dunia buat kesekian kali.
Oleh itu,
Bertaubatlah wahai diri-diri,
Yang masih diberi peluang untuk kembali kepada fitrah yang suci.

" Dan bagi tiap-tiap umat ada tempoh (yang telah ditetapkan) maka apabila datang tempohnya, tidak dapat mereka tundakan walau sesaatpun, dan tidak dapat pula mereka dahulukan."(al-Araf:34)

***********************************

Takziah buat keluarga sahabatku;
 Khairul Anuar b Husian.. 1980-2012
Sahabat saya masa matrik dulu telah kembali ke rahmatullah dalam kemalangan tempohari. kerana kecuaian orang lain (dihempap kereta orang mabuk) keluarga beliau telah kehilangan beliau selama-lamanya..meninggalkan isteri dan seorang anak berusia setahun..
Semoga arwah ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman..
 

butterfLYNN: Jom Exchange Link & Follow to keep in touch ^_~

butterfLYNN: Jom Exchange Link & Follow to keep in touch ^_~

comment plz

Just nak share dengan kawan-kawan di luar sana tentang isu INI



port baru

*** bilik baru daku nan aman***

Salam semua...morning everybody......
just nak share bilik baru..hahaha...tp sangat sunyi..maklumla jauh dari orang...so skang aku bertapa di sini..skang plak cuti sem sebulan..lagi bertambah sunyi..so minggu nih kena marking paper final sbb nak kena sbmit markah before 8 of june..then aku ada test this week on concrete..fuhh...satu buku nih nak kena khatam untuk dapat A..hahaha..hopefully ekkkk...
jun nih bulan paling sebok aku rasa..jadual aku penuh beb...start minggu nih sbmit markah..next week mesyuarat BIKP dan penentuan kredit hour..16-17 ikut en suami kusus..seblom tuh 16 pagi ada presentation master..then 21 aku organize lawatan untuk kelab kebajikan ikb. then 22-24 kursus JSU plak..naik 25 aku ada test on safety follow by final exam on safety 27 june..then 2 july paper final on law...paper concrete lom tau lagik..huishhhhhhhhh.....terasa kagum jap kalu aku dapat mengharungi sepanajng bulan 6 nih...hahahha...semoga Allah memberkati perjalanan hidup aku..amin.
 

buku yang perlu dikatam!!!

mya dan pya



'wajah2 kesayangan hamba'

Monday, 4 June 2012

festival city






Tetiap weekend mesti akan ke sini bawak budak2 main..tk pernah jemu...hehehe...:)

tengokla upi tuh...nih hari sabtu g bawa kdiorang..ahad tuh dok umah diam2..upi dari siang dok ajak g jalan..mya plak dah malam baru teringat hari tu tk kuar jenjalan lagik..so tuntut la mlm smalam...hahaha...tp dah malam...masa untuk zzzzzzzzzzzzzzzzzzz...ujung minggu nih lak ekk...

galaxy note




hehehe....galaxy note dari suamiku....:) 
thanks a lot..terima kasih daun keladi..muahhhhssss...

Friday, 1 June 2012

cuti sem bermula


Selamat bercuti semua warga IKB..tapi kami semua tak cuti pon..keje cam biasa..hukhukhuk..
Jangan lupa naik semula bukan Julai nanti...:)



testimoni MAQ100

 * credit dari blog nadzirin;